Sunday, 8 January 2012

Ezani Juara Pertama Masterchef Malaysia


Ezani Juara Pertama Masterchef Malaysia


    January 9, 2012
 Comments

 

 
PETALING JAYA – Peserta Ezani Farhana Md Monoto, 26, berjaya menewaskan Wahidan Ag Supain dengan bergelar juara MasterChef Malaysia yang pertama pada pertandingan akhir program Masterchef, malam Ahad.
Kemenangan Ezani melayakkan dirinya untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakan sendiri.
Ezani berkata, usaha gigihnya sehingga terpaksa meninggalkan sementara kerjaya profesional sebagai seorang doktor gigi untuk terlibat dengan program realiti tersebut ternyata berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama.
“Dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim pertama merupakan perasaan yang paling menakjubkan dan sesuatu tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup saya.
“Terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi.
“Bersaing dengan Wahidan pada peringkat akhir merupakan satu penghormatan yang amat besar kerana dia merupakan seorang tukang masak yang paling jujur dan hebat,” katanya yang ditemui selepas tamatnya siaran episod terakhir,
Santapan Penamat yang ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) di Tapis Rouge, di sini.
Pada permulaan episod ‘Santapan Penamat’ ini, Ezani dan Wahidan perlu melakukan pemeriksaan bahan di dapur sebelum mencipta menu dan resipi terbaik mereka.
Sebagai kejutan, setiap finalis perlu memilih lima peserta ‘Top 24′ yang telah tersingkir untuk membantu mereka menyediakan juadah yang perlu mereka siapkan dalam tempoh tiga jam.
Peserta Wahidan telah memilih Amita, Zamir, Danial, Shariah dan Deena manakala Ezani memilih Ary Malik, Brian, Felix Azilah dan Imelda.
Kedua-dua pasukan perlu menyediakan menu lengkap termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut untuk dihidangkan kepada 40 orang tetamu.
Wahidan memilih untuk menghidangkan Udang dan Kekapis di Perap dengan Citrus (Pembuka Selera), Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau (Hidangan Utama) dan Fillo Kastard Krim Bersama Buahan Beri (Pemanis Mulut).
Manakala Ezani menghidangkan Salad Nusantara dengan Kekapis (Pembuka
Selera), Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (Hidangan Utama) dan Kek Ubi
Bit Berempah (Spiced Beetroot Cake) (Pemanis Mulut).
Tetamu yang hadir pada episod ini sebahagian besar merupakan para chef profesional dan menilai makanan yang disediakan.
Dalam pada itu, 40 peratus markah manakala juri tetap yang dibarisi oleh Chef Joe, Chef Zubir dan Chef Riz pula melengkapkan baki 60 peratus markah.
Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Puan Azlin Reza Azmi berkata MasterChef
Malaysia telah mencipta fenomena di negara ini dan menjadi satu lagi
program terbaik dan menjadi pilihan utama penonton sepanjang 12 minggu tayangan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PANASONIC ‘Cooking Magic’ selaku penaja utama MasterChef Malaysia. Begitu juga kepada penaja bersama iaitu Hong Leong Bank, Jaya Grocer, Maggi, MyChef, NeuVida Omega-9 Cooking Oil, BHP Petronas, MPH Bookstore dan Scott.
“Sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sepanjang penerbitan MasterChef Malaysia amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan” ujarnya. – mStar.com.my

Monday, 2 January 2012

HOT...HOT...HOT...!!! TERBAEK R PELAJAR MALAYSIA YG PALING GENIUS NI...


amalina 1

Pelajar Genius Nur Amalina Berubah Kerana Kejutan Budaya?

    January 3, 2012
0 Comment
KUALA LUMPUR – Nama Nur Amalina Che Bakri tiba-tiba meletup di internet ekoran tersebarnya beberapa keping gambar yang didakwa gambar pelajar genius berbangsa Melayu itu yang agak kurang manis dipandang oleh rakyat negara ini.
Tujuh tahun dulu, nama Nur Amalina menjadi sebutan disanjung tinggi ekoran kejayaannya menempa sejarah memperoleh 17 A1 untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik negara.
Beliau kemudiaannya melanjutkan pelajaran di University of Edinburgh, Scotland, di dalam dua bidang ijazah iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi serta ditaja sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
Nur Amalina sekali lagi menjadi buah mulut rakyat negara ini apabila beliau didakwa gagal dalam pengajiannya dan pulang ke tanahair secara ‘senyap-senyap’.
Bagaimanapun, desas-desus itu ternyata palsu apabila laporan menunjukkan bahawa gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan, itu masih lagi mengikuti kursus-kursus ijazahnya seperti biasa di universiti tersebut.
Namun pada permulaan tahun 2012 ini, namanya menjadi sebutan ramai yang mengecam Nur Amalina ekoran beberapa keping gambar seorang gadis seksi yang didakwa dirinya tidak memakai tudung, mewarnakan rambut dan kelihatan ‘liar’ berbanding imejnya sebagai pelajar pada tahun 2005.
Persoalannya, benarkah Nur Amalina telah berubah dan terpengaruh dengan unsur kejutan budaya ketika melanjutkan pengajian di luar negara?
Beberapa blog bergenre hiburan dan politik turut memuatkan gambar-gambar seksi Nur Amalina di laman web masing-masing dan mempersoalkan tentang identiti beliau yang jelas lebih kebaratan berbanding dahulu.
Antara blog yang menyiarkan gambar-gambar tersebut ialah Mediamalaya.com, Ceritamamat.com, Theflyingkick.blogspot.com dan banyak lagi.
Bagaimanapun, gambar-gambar yang dikatakan diambil dari laman sosial Facebook milik Nur Amalina itu telah dikeluarkan dari akaun tersebut setelah ia ‘bocor’ dan menggemparkan dunia siber negara ini semalam.
Sekiranya benar dakwaan bahawa gadis di dalam gambar tersebut adalah Nur Amalina, rakyat negara ini sudah tentu tidak punya hak untuk menentukan imej penampilan beliau mahupun apa jenis pakaian yang dikenakan dan sebagainya.
Namun, penulis pasti ramai di kalangan rakyat negara ini mahu Nur Amalina mengekalkan imej lamanya dahulu dan sudah semestinya anak gadis Che Bakri ini perlu menutup aurat meskipun berada jauh dari keluarga di Malaysia.
Apa yang perlu, doakan saja agar Nur Amalina mencapai kejayaan di dalam pengajiannya di luar negara dan pohonlah agar beliau kembali ke imej asal sebagai seorang gadis berbangsa Melayu yang kuat pegangan Islamnya.
Berikut adalah beberapa keping gambar Nur Amalina yang telah tersebar sebagaimana yang dimaksudkan:


Oleh: ArePirates JackSparrow

Thursday, 22 December 2011

fuhhhh...duit baru untuk tahun 2012...terbaek r...!!!

Gambar Reka Bentuk Baru Wang Kertas Malaysia Tahun 2012

Pandu uji kereta Volkswagen terbaru dan anda akan menerima hadiah serta berpeluang memenangi iPad 2
Jom menang tajaan penuh percutian ke German serta wang tunai RM10,000!
Rahsia blog baru mendapat ribuan trafik setiap hari
2012 hampir menjelang tiba, masing-masing pakat pasang azam baru dan terfikir macam-macam nak buat perubahan. Begitu juga dengan wang kertas Malaysia yang bakal menggunakan reka bentuk yang baru bagi tahun 2012 iaitu pada tahun hadapan.



Majlis pelancaran wang kertas dengan design yang agak berlainan dari sebelum ini juga turut menampilkan kembali wang kertas bernilai RM 20 sekeping yang berwarna koko pada satu masa dahulu.

Kini, wang kertas RM 20 dikeluarkan dalam warna kuning keemasan dan memaparkan dua spesis penyuyang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing.



Selain itu, kesemua wang kertas lain bermula dari not RM 1, RM 5,RM 10, RM 100 juga diubah reka bentuknya kepada style yang lebih menampakkan ciri melayu dan juga Malaysia. Kesemua wang baru ini akan mula diedarkan pada pertengahan tahun hadapan manakala duit syiling baru akan mula diedarkan pada awal Januari hadapan.


Ada yang mengatakan gambar di bawah ini adalah duit RM50 yang terbaru tetapi sebenarnya bukan dan ini hanyalah gambar duit RM50 edisi SUKOM 98. Berhenti daripada menyebarkan info yang salah. Berita ini sudah lama tersebar dan masih ramai juga yang percaya akan dakwaan tersebut.


BY : Jack Sparrow

Monday, 12 December 2011

Bakal Jadi Agung Kali Ke 2...Terbaeeekkk...!!!


Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah ( Lahir 28 Nov 1927 ) merupakan Sultan Kedah yang Yang di-Pertuan Agong Malaysia yg ke-5. Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 dari 21 Sept 1970 hingga 20 Sept 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yg ke-27.

SULTAN KEDAH AKAN DI IKTIRAFKAN SEBAGAI AGONG BUAT KALI KE DUA PADA SELASA 13 DIS 2011 INI AKAN MENCATATKAN DALAM SEJARAH MALAYSIA BAHAWA BAGINDA SULTAN ADALAH SULTAN PERTAMA YANG DIIKTIRAFKAN SEBAGAI AGONG BUAT KALI KE-2. DAULAT TUANKU.
By : ArePirates Jack Sparrow

Sunday, 11 December 2011

FUHHH...APEK DAPAT BANGLO SIOT...!!!

GAMBAR BANGLO KHAIRUL FAHMI HADIAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN

GAMBAR RUMAH BANGLO KHAIRUL FAHMI CHE MAT AKA APEK
GAMBAR BANGLO KHAIRUL FAHMI HADIAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN | Kerajaan Negeri Kelantan ingin menghadiahkan sebuah banglo kepada Khairul Fahmi Che Mat dimana ianya telah siap dibina.
Banglo tersebut merupakan penghargaan dari kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu.
Mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi.
Tetapi komitmen oleh kedua-dua pihak menyebabkan kesukaran memilih masa yang sesuai untuk majlis

Sumber Selengkapnya Disini http://www.asyrafasnawi.com/gambar-banglo-khairul-fahmi-hadiah-kerajaan-negeri-kelantan/#ixzz1gDqnwRUd

Friday, 2 December 2011

Khairul Fahmi Akan Bersara Dari Arena Bola Sepak

 
JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menyifatkan Malaysia akan kehilangan permata berharga jika penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat membuat keputusan bersara awal akibat kontroversi melampau yang melanda dirinya.
Selaku antara individu yang cukup mengenali personaliti kapten skuad Olimpik itu, beliau merayu semua pihak khususnya media tempatan memberi ruang kepada Khairul Fahmi untuk memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai pemain bola sepak.
“Apek (Khairul Fahmi) baru berusia 22 tahun, dia masih muda dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Kita harus ingat dia banyak memberikan sumbangan besar kepada negara.
“Sifat hasad dengki manusia memang ada, dengan statusnya seperti ‘superstar’, sudah pasti akan ada anasir luar yang cuba menjatuhkan dia. “Kalau benar dia akan bersara awal selepas ini kerana tidak tahan dengan masalah di luar padang, kita sendiri yang akan rugi.
Dia pemain berbakat dan mampu menjadi pengganti bekas penjaga gol negara sebelum ini seperti Datuk R Arumugam (mendiang) dan Rashid Hassan,” kata Kim Swee.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Arena Metro semalam terhadap kenyataan Khairul Fahmi yang sebelum ini pernah terfikir untuk bersara awal apabila dirinya sering kali dihimpit kontroversi
Terbaru membabitkan penyebaran lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang tersebar menerusi beberapa blog hiburan.Kim Swee turut meminta peminat terus memberi sokongan kepada Khairul Fahmi dan tidak mudah terpedaya dengan laporan yang dianggapnya tidak benar.

Banjir Kilat Landa Bandar Kajang Cetus Panik

Banjir Kilat Landa Bandar Kajang Cetus Panik 
    December 2, 2011
 Comments
KUALA LUMPUR – Orang ramai yang sedang membeli-belah di Plaza Metro, Kajang dan kawasan sekitarnya panik apabila banjir kilat tiba-tiba terjadi setelah hujan turun dengan lebatnya kira-kira pukul 3 petang tadi
Banyak kereta yang berada di kawasan pakir juga tidak dapat diselamatkan daripada dimasuki air yang mencurah-curah.
Air bah juga mencurah masuk ke dalam pusat membeli-belah seperti Plaza Metro, kedai dan restoran termasuk restoran makanan segera McDonald’s.
“Air mengalir laju dan kami hanya boleh melihat kereta-kereta hanyut .
” Ini ialah banjir paling buruk di sini sejak 1971,” kata wakil rakyat Kajang, Lee Kim Sin merujuk kepada banjir yang telah membunuh 32 orang di Lembah Klang kira-kira 40 tahun lalu.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga dikatakan terpaksa memberhentikan perkhidmatannya buat sementara waktu disebabkan banjir kilat tersebut.
Kebanyakan penduduk telah meletakkan gambar dan rakaman video di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter, memberitahu orang lain supaya tidak datang ke Kajang sehingga air banjir surut.
Sebuah video yang diletakkan di Facebook menunjukkan seorang wanita sedang berdiri di atas sebuah van menunggu dengan untuk diselamatkan daripada air yang mengalir lalu dengan laju.
Orang ramai yang berada di tingkat satu di sebuah bangunan berhampiran akhirnya menurunkan tangga ke atas van tersebut supaya wanita tadi boleh menyelamatkan diri.

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons