Sunday 22 April 2012


Motocross: Pelumba Wanita Cabar Pelumba Lelaki

Motocross: Pelumba Wanita Cabar Pelumba Lelaki

    April 23, 2012
No Comments
71
 
3
 
0
ALOR SETAR – Sukan motocross merupakan sukan lasak yang biasanya didominasi oleh pelumba lelaki yang lebih agresif menunggang dan mengawal motosikal dalam keadaan laluan yang berbukit serta berlandai.
Namun bagi Nor Shamira Nor Azahar, 17, dari Ipoh, Perak, dia merupakan antara tiga peserta wanita yang bersaing bersama peserta lelaki pada Kejohanan Motocross Terbuka 1Malaysia di Naka, Kuala Nerang dekat sini semalam.
Dia telah menunjukkan persembahan yang sama hebat dengan peserta lelaki.
Pada kejohanan ini, dia menunggang Honda CR250F yang bernilai RM29,000 mewakili pasukan Renger MX Racing Team di bawah bimbingan bapanya Nor Azahar Ismail, 56.
Namun pelajar Tingkatan Lima Sekolah Kebangsaan Pusing, Batu Gajah ini sekadar menduduki tempat ke-10 dari 20 peserta yang bertanding dalam acara Novis, disebabkan masalah teknikal pada motosikalnya.
Pada kejohanan yang sama tahun lalu, Nor Shamira yang telah menyertai lebih daripada 50 kejohanan di dalam dan luar negara, merupakan johan bagi kategori Novis. – BERNAMA
 

Iklan Teks: 

Wednesday 11 April 2012

MENJUNJUNG PERINTAH TUANKU..


TUANKU PAYUNG RAKYAT, PAYUNG NEGARA ! 
DAULAT TUANKU !


Istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, akan diadakan pada Rabu, 11 April 2012 ini di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

‘‘Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November tahun lalu.

Merafak sembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, menyembah tahniah kali kedua Tuanku menjadi Payung Rakyat, Payung Negara !!!

DAULAT TUANKU !!! 

DAULAT TUANKU !!!

DAULAT TUANKU !!!

Sunday 8 April 2012

Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam Atau Aaron Aziz Bakal Bergelar Artis Paling Popular 2011?

Debaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 makin terasa kerana beberapa jam lagi jawapan siapakah Artis Paling Popular untuk 2011. Rata-rata mengatakan Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam dan Aaron Aziz yang bakal bergelar Artis Paling Popular dalamAnugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 ini.
Tapi, sudah pasti korang semua ada pilihan masing-masing’kan? Dan sudah tentu korang hendakkan artis kegemaran korang yang akan menang, tak gitu? Tapi sejak kebelakangan nie, desas desus mengatakan 3 Hero Malaya, Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Aaron Aziz antara nama besar dalam Anugerah yang penuh berprestij ini.
Untuk menjawab teka-teki korang tu, jangan lupa untuk menyaksikan secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 secara langsung di TV3 dan Hot FM. Kalau tidak berpeluang untuk menyaksikan secara live di kaca tv, jangan risau kerana korang juga boleh menyaksikan secara Live Streaming ABPBH 25 2011 ini di laman web rasmi.

Wednesday 4 April 2012

Pelumba Basikal Maut di MRR2 Video dan Gambar

Langgar lari, video dan gambar pelumba basikal maut di MRR2. Seorang ahli kelab lumba basikal Le Tua maut apabila dilanggar sebuah kereta proton saga di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melawati arah Gombak, 7.30 pagi semalam.
Mangsa, Rafizi hamdan, 37, yang juga merupakan sahabat karib Anuar Manan ketika itu dalam perjalanan ke  Batu 12, Gombak untuk bersama rakan-rakan kelab yang lain. Mangsa kemudiannya dilanggar oleh sebuah proton saga dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.
Pemandu proton saga tersebut terus melarikan diri tanpa menyedari nombor plat kenderaannya tertinggal di tempat kejadian. Walaubagaimanapun, pemandu itu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira kira tiga jam selepas kejadian. Suspek yang dibebaskan atas jaminan polis itu difahamkan enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi kejadian.
Video Langgar Lari Pelumba Basikal di MRR2:

Gambar kemalangan pelumba basikal di MRR2:
Rafizi Hamdan parah
Rafizi Hamdan parah
Rafizi Hamdan parah

Saturday 4 February 2012

Maulidur Rasul: Sejarah, Kontroversi Dan Sunnah

Maulidur Rasul: Sejarah, Kontroversi Dan Sunnah

Maulidur Rasul: Sejarah, Kontroversi Dan Sunnah

    February 4, 2012
19 Comments
207
 
1
 
0
KUALA LUMPUR – Setiap tahun, seluruh umat Islam di negara ini menyambut hari kelahiran Rasul junjungan kita, Muhammad SAW, yang jatuh pada setiap 12 Rabiul Awal di tahun Gajah dengan mengadakan perarakan sambil bersalawat kepada Baginda.
Selain itu, turut diadakan majlis-majlis keagamaan seperti ceramah, bacaan Yaasin, tazkirah, dan sebagainya, memuji-muji kelahiran Rasulullah SAW yang telah menerangi kehidupan seluruh manusia sehingga ke akhir zaman.
Bukan saja di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul juga disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak mengira sama ada di timur, barat, selatan atau utara.
Namun begitu, sambutan Maulidur Rasul sering dijadikan kontroversi di mana wujud kekhilafan pendapat atau fatwa dari para ulama dan pemerintah mengenai kewajaran umat Islam menyambutnya.
Menurut sejarah Islam,  sambutan hari lahir Rasulullah SAW ini dimulakan oleh kerajaan Fatimiyyah di mana Maulidur Rasul disambut secara besar-besaran.
Bagaimanapun, menurut buku karangan Ibnu Atheer, Al-Kamil, Perdana Menteri Kerajaan Fatimiyyah kemudiaannya melarang sambutan Maulidur Rasul diadakan, tapi kemudiaannya diraikan kembali ketika pemerintahan Al-Ma’moon Al-Bata’ani.
Tapi kemudiaannya sambutan itu diharamkan semula setelah Kerajaan Al-Ayyubiyyah merampas kuasa.
Pada abad ke-tujuh, Putera Muzzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah memerintahkan agar sambutan Maulidur Rasul diadakan kembali di mana banyak khemah didirikan dan dihias indah untuk tujuan majlis mengingati Rasulullah SAW serta sunnahnya itu.
Antara ulama yang menyokong sambutan Maulidur Rasul ialah ulama tersohor dunia, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Imam Jalaluddin Sayuti, manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mempertahankan majlis sambutannya di negara ini.
Imam Jalaluddin berkata, sambutan Maulidur Rasul memberikan pahala kepada mereka-mereka yang menyambutnya memandangkan ia memuliakan Rasulullah SAW dan ia dianggap sebahagian dari ibadah di bawah kategori bida’ah hasanah (bida’ah yang baik).
“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia,” katanya.
Syeikh Yusuf pula menegaskan bahawa mungkin Maulidur Rasul tidak disambut oleh para sahabat memandangkan Rasulullah SAW berada di depan mata dan sunnahnya hidup di dalam hati mereka.
Namun di zaman selepas itu, sunnah Rasulullah SAW sering dilupakan dan sejarah kegemilangan Islam hampir luput dari ingatan dan ia mengharuskan majlis sambutan menyambut kelahiran ‘kekasih Allah’ itu diadakan.
“Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.
“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.
“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.
“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.
“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam,” jelasnya panjang lebar.
Pada 13 Februari 2010 pula, Harussani pula pernah tampil mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang menetapkan agar sambutan Maulidur Rasul tidak diadakan di negeri itu.
Dalam kenyataannya, Harussani yang konsisten mempertahankan Islam tanpa mengira sempadan politik itu menggesa agar perayaan-perayaan lain seperti Thaipusam atau Pesta Tanglung turut dihapuskan sekiranya Guan Eng tekad untuk membatalkan sambutan Maulidur Rasul.
Namun kemudiannya Mufti Perak itu dikecam hebat oleh beberapa pemimpin politik pembangkang, khususnya dari Pas, di mana beliau ‘dicop’ sebagai ‘ulama UMNO’.
“Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang menuduh Mufti Perak itu bersuara dengan bermotifkan politik pro-kerajaan Barisan Nasional.
Terbaru, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan mendakwa bahawa sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia itu meniru amalan Kristian yang turut mengadakan sambutan hari kelahiran Nabi Isa AS.
Pada penulis, beginilah jadinya apabila majlis keagamaan dijadikan alat mainan politik dan individu-individu yang berpengaruh sehingga ia mampu menyebabkan pepecahan dikalangan umat Rasulullah SAW.
Adalah lebih baik pada penulis untuk bersetuju dengan kenyataan Syeikh Yusuf, Imam Jalaluddin dan Harussani mahupun pahlawan Islam terbilang yang hidup di zaman Kerajaan Fatimiyyah, Salahuddin Al-Ayyubi, yang turut menyambut serta membesarkan hari kelahiran Rasulullah SAW.
Dengan ilmu agama yang jauh lebih tinggi dari ahli politik dan pengalaman menyelesaikan maslahah agama mereka lebih berkreadibiliti untuk bercakap mengenai Islam serta menetapkan fatwa yang lebih muktabar untuk dijadikan ikutan seluruh umat Islam di dunia.
Selamat menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW dan salam Maulidur Rasul, semoga sunnah Baginda SAW kekal menjadi amalan di dalam kehidupan kita setiap detik, setiap saat di setiap nafas yang dihembus pada setiap hari.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons