Sunday 22 April 2012


Motocross: Pelumba Wanita Cabar Pelumba Lelaki

Motocross: Pelumba Wanita Cabar Pelumba Lelaki

    April 23, 2012
No Comments
71
 
3
 
0
ALOR SETAR – Sukan motocross merupakan sukan lasak yang biasanya didominasi oleh pelumba lelaki yang lebih agresif menunggang dan mengawal motosikal dalam keadaan laluan yang berbukit serta berlandai.
Namun bagi Nor Shamira Nor Azahar, 17, dari Ipoh, Perak, dia merupakan antara tiga peserta wanita yang bersaing bersama peserta lelaki pada Kejohanan Motocross Terbuka 1Malaysia di Naka, Kuala Nerang dekat sini semalam.
Dia telah menunjukkan persembahan yang sama hebat dengan peserta lelaki.
Pada kejohanan ini, dia menunggang Honda CR250F yang bernilai RM29,000 mewakili pasukan Renger MX Racing Team di bawah bimbingan bapanya Nor Azahar Ismail, 56.
Namun pelajar Tingkatan Lima Sekolah Kebangsaan Pusing, Batu Gajah ini sekadar menduduki tempat ke-10 dari 20 peserta yang bertanding dalam acara Novis, disebabkan masalah teknikal pada motosikalnya.
Pada kejohanan yang sama tahun lalu, Nor Shamira yang telah menyertai lebih daripada 50 kejohanan di dalam dan luar negara, merupakan johan bagi kategori Novis. – BERNAMA
 

Iklan Teks: 

Wednesday 11 April 2012

MENJUNJUNG PERINTAH TUANKU..


TUANKU PAYUNG RAKYAT, PAYUNG NEGARA ! 
DAULAT TUANKU !


Istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, akan diadakan pada Rabu, 11 April 2012 ini di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

‘‘Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November tahun lalu.

Merafak sembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, menyembah tahniah kali kedua Tuanku menjadi Payung Rakyat, Payung Negara !!!

DAULAT TUANKU !!! 

DAULAT TUANKU !!!

DAULAT TUANKU !!!

Sunday 8 April 2012

Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam Atau Aaron Aziz Bakal Bergelar Artis Paling Popular 2011?

Debaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 makin terasa kerana beberapa jam lagi jawapan siapakah Artis Paling Popular untuk 2011. Rata-rata mengatakan Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam dan Aaron Aziz yang bakal bergelar Artis Paling Popular dalamAnugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 ini.
Tapi, sudah pasti korang semua ada pilihan masing-masing’kan? Dan sudah tentu korang hendakkan artis kegemaran korang yang akan menang, tak gitu? Tapi sejak kebelakangan nie, desas desus mengatakan 3 Hero Malaya, Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Aaron Aziz antara nama besar dalam Anugerah yang penuh berprestij ini.
Untuk menjawab teka-teki korang tu, jangan lupa untuk menyaksikan secara langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 secara langsung di TV3 dan Hot FM. Kalau tidak berpeluang untuk menyaksikan secara live di kaca tv, jangan risau kerana korang juga boleh menyaksikan secara Live Streaming ABPBH 25 2011 ini di laman web rasmi.

Wednesday 4 April 2012

Pelumba Basikal Maut di MRR2 Video dan Gambar

Langgar lari, video dan gambar pelumba basikal maut di MRR2. Seorang ahli kelab lumba basikal Le Tua maut apabila dilanggar sebuah kereta proton saga di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melawati arah Gombak, 7.30 pagi semalam.
Mangsa, Rafizi hamdan, 37, yang juga merupakan sahabat karib Anuar Manan ketika itu dalam perjalanan ke  Batu 12, Gombak untuk bersama rakan-rakan kelab yang lain. Mangsa kemudiannya dilanggar oleh sebuah proton saga dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.
Pemandu proton saga tersebut terus melarikan diri tanpa menyedari nombor plat kenderaannya tertinggal di tempat kejadian. Walaubagaimanapun, pemandu itu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira kira tiga jam selepas kejadian. Suspek yang dibebaskan atas jaminan polis itu difahamkan enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi kejadian.
Video Langgar Lari Pelumba Basikal di MRR2:

Gambar kemalangan pelumba basikal di MRR2:
Rafizi Hamdan parah
Rafizi Hamdan parah
Rafizi Hamdan parah

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons