Saturday, 4 February 2012

Maulidur Rasul: Sejarah, Kontroversi Dan Sunnah

Maulidur Rasul: Sejarah, Kontroversi Dan Sunnah

Maulidur Rasul: Sejarah, Kontroversi Dan Sunnah

    February 4, 2012
19 Comments
207
 
1
 
0
KUALA LUMPUR – Setiap tahun, seluruh umat Islam di negara ini menyambut hari kelahiran Rasul junjungan kita, Muhammad SAW, yang jatuh pada setiap 12 Rabiul Awal di tahun Gajah dengan mengadakan perarakan sambil bersalawat kepada Baginda.
Selain itu, turut diadakan majlis-majlis keagamaan seperti ceramah, bacaan Yaasin, tazkirah, dan sebagainya, memuji-muji kelahiran Rasulullah SAW yang telah menerangi kehidupan seluruh manusia sehingga ke akhir zaman.
Bukan saja di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul juga disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak mengira sama ada di timur, barat, selatan atau utara.
Namun begitu, sambutan Maulidur Rasul sering dijadikan kontroversi di mana wujud kekhilafan pendapat atau fatwa dari para ulama dan pemerintah mengenai kewajaran umat Islam menyambutnya.
Menurut sejarah Islam,  sambutan hari lahir Rasulullah SAW ini dimulakan oleh kerajaan Fatimiyyah di mana Maulidur Rasul disambut secara besar-besaran.
Bagaimanapun, menurut buku karangan Ibnu Atheer, Al-Kamil, Perdana Menteri Kerajaan Fatimiyyah kemudiaannya melarang sambutan Maulidur Rasul diadakan, tapi kemudiaannya diraikan kembali ketika pemerintahan Al-Ma’moon Al-Bata’ani.
Tapi kemudiaannya sambutan itu diharamkan semula setelah Kerajaan Al-Ayyubiyyah merampas kuasa.
Pada abad ke-tujuh, Putera Muzzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah memerintahkan agar sambutan Maulidur Rasul diadakan kembali di mana banyak khemah didirikan dan dihias indah untuk tujuan majlis mengingati Rasulullah SAW serta sunnahnya itu.
Antara ulama yang menyokong sambutan Maulidur Rasul ialah ulama tersohor dunia, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Imam Jalaluddin Sayuti, manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mempertahankan majlis sambutannya di negara ini.
Imam Jalaluddin berkata, sambutan Maulidur Rasul memberikan pahala kepada mereka-mereka yang menyambutnya memandangkan ia memuliakan Rasulullah SAW dan ia dianggap sebahagian dari ibadah di bawah kategori bida’ah hasanah (bida’ah yang baik).
“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia,” katanya.
Syeikh Yusuf pula menegaskan bahawa mungkin Maulidur Rasul tidak disambut oleh para sahabat memandangkan Rasulullah SAW berada di depan mata dan sunnahnya hidup di dalam hati mereka.
Namun di zaman selepas itu, sunnah Rasulullah SAW sering dilupakan dan sejarah kegemilangan Islam hampir luput dari ingatan dan ia mengharuskan majlis sambutan menyambut kelahiran ‘kekasih Allah’ itu diadakan.
“Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.
“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.
“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.
“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.
“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam,” jelasnya panjang lebar.
Pada 13 Februari 2010 pula, Harussani pula pernah tampil mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang menetapkan agar sambutan Maulidur Rasul tidak diadakan di negeri itu.
Dalam kenyataannya, Harussani yang konsisten mempertahankan Islam tanpa mengira sempadan politik itu menggesa agar perayaan-perayaan lain seperti Thaipusam atau Pesta Tanglung turut dihapuskan sekiranya Guan Eng tekad untuk membatalkan sambutan Maulidur Rasul.
Namun kemudiannya Mufti Perak itu dikecam hebat oleh beberapa pemimpin politik pembangkang, khususnya dari Pas, di mana beliau ‘dicop’ sebagai ‘ulama UMNO’.
“Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang menuduh Mufti Perak itu bersuara dengan bermotifkan politik pro-kerajaan Barisan Nasional.
Terbaru, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan mendakwa bahawa sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia itu meniru amalan Kristian yang turut mengadakan sambutan hari kelahiran Nabi Isa AS.
Pada penulis, beginilah jadinya apabila majlis keagamaan dijadikan alat mainan politik dan individu-individu yang berpengaruh sehingga ia mampu menyebabkan pepecahan dikalangan umat Rasulullah SAW.
Adalah lebih baik pada penulis untuk bersetuju dengan kenyataan Syeikh Yusuf, Imam Jalaluddin dan Harussani mahupun pahlawan Islam terbilang yang hidup di zaman Kerajaan Fatimiyyah, Salahuddin Al-Ayyubi, yang turut menyambut serta membesarkan hari kelahiran Rasulullah SAW.
Dengan ilmu agama yang jauh lebih tinggi dari ahli politik dan pengalaman menyelesaikan maslahah agama mereka lebih berkreadibiliti untuk bercakap mengenai Islam serta menetapkan fatwa yang lebih muktabar untuk dijadikan ikutan seluruh umat Islam di dunia.
Selamat menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW dan salam Maulidur Rasul, semoga sunnah Baginda SAW kekal menjadi amalan di dalam kehidupan kita setiap detik, setiap saat di setiap nafas yang dihembus pada setiap hari.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Thursday, 2 February 2012

Model Terbaru Satria Neo Baru 2012 – Proton Artiga

Proton mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil kerja dengan Youngman di China. Proton Artiga ni rupa-rupanya seakan-akan Proton Satria Neo. Dengan bodykit yang lebar dan rim yang besar, nampak kereta ini secara keseluruhan lebih garang. Lampu depan yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ni.
Berita terkini tentang Satria Neo – Proton Satria Neo juga telah secara rasmi dijual di Jepun sebagai kereta rali oleh syarikat Carosser, pemilik jenama tuning rali Cusco untuk peminat rali di Jepun. Satria Neo mula menjadi sebutan apabila berjaya memenangi kategori pemandu dan pengeluar pada kejohanana rali APRC dan kini bertanding di kejohanan rali dunia (WRC) pusingan pertama di Monte Carlo.
Melayukini.net – Sememangnya Proton Artiga mirip asal daripada reka bentuk Proton Satria Neo. Kita sepatutnya berbangga antara salah satu kereta yang menjadi kebanggan dan perhatian adalah Proton Satria Neo. Proton Satria bermula dengan dimensi awal, kemudian disusuli dengan Satria GT dan seterusnya beralih kepada Satria Neo.

Friday, 20 January 2012

Mari Kita Sedekahkan Surah Al-Fatihah Kepada Beliau (Khairil Izwan Pilus)!!!

Izwan Pilus Meninggal Dunia Jam 6:20, Petang Tadi- Al Fatihah!

Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 33, atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6:20 petang tadi di Hospital Ampang. Sumber mengatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection). Berita ini telah disahkan oleh beberapa rakan artis yang dihubungi oleh Aril AF, adik arwah sendiri.
Izwan Pilus, pernah popular dengan lagu berjudul ‘Kembali Senyum’, sebuah lagu asal daripada drama Korea “Full House” yang diadun semula dalam versi Melayu. Al-Fatihah.


Update 1 – Menurut sumber, Aril AF kini sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa balik ke kampung halaman, Melaka.

Update 2 – Allahyarham meninggal dunia tepat jam 6.15 petang menurut Twitter rasmi Aril AF di Hospital Ampang.
Update 3 – Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka.
Update 4 – Sebelum arwah pergi meninggalkan kita, beliau sempat me-muatnaik gambarnya yang terakhir.
By : Jack Sparrow

Thursday, 12 January 2012

Skim Gaji Baru (SBPA) Penjawat Awam DITANGGUH

Skim Gaji Baru (SBPA) Penjawat Awam DITANGGUH

email
Walaupun SBPA ini banyak masalah tapi bagi kebanyakkan orang, pertangguhan SBPA ini adalah satu berita yang amat mengecewakan daripada kerajaan. Tiada kenaikan gaji 2012? Janji palsu kerajaan?
Related Posts with Thumbnails
Skim Gaji Baru (SBPA) Penjawat Awam DITANGGUH | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula danSBPA ditangguh untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu, yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.
Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan memetik sumber-sumber berkata, Kabinet dalam mesyuarat mingguan semalam telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaanSBPA atas beberapa sebab, antaranya kerana rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.
Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supayapelaksanaan SBPA itu disemak semula. Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Ketika dihubungi awal hari ini, pimpinan Cuepacs juga mengesahkan pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan sementara perundingan diadakan dengan mereka. Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata Presidennya Datuk Omar Osmanturut mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengenai penangguhan SBPA.
“Ya betul, SBPA ditangguhkan. Tetapi setakat ini belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan dengan KSN pagi tadi membincangkan perkara ini,” kata beliau kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.
Sementara SBPA disemak semula, dalam kenyataannya Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini. Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.
“Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak,” katanya. Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaituKumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
Melayukini.net - Di saat ramai penjawat awam kerajaan sudah kian menerima kenyataan tentang skim baru kerajaan SBPA ini, tiba-tiba sahaja SBPA telah ditangguhkan. Lagi keputusan flip-flop kerajaan dalam mentadbir negara. Kita tunggu dan lihat sahaja apa pula kata pembangkang. Isu hangat ni!
Petikan satu komen berita pertangguhan SBPA ini, “Norhisyam Bin Mohamad Zainudin: ok … teruskan putaran alam anda!! rakyat bukan x biase kne tipu … aritu kate minyak x naik2 da, llast2 naik jugak … penipu mmg mcm tu …” Apa kata anda pula?

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons