Tuesday, 15 November 2011

KANTOI BEB!!!

Budak Sekolah Kantoi Berpelukan Dengan Teman Lelaki

KULIM – Sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berada di kawasan bangunan tinggal di Bukit Putera menarik perhatian polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim berikutan berada dalam keadaan yang mencurigakan, kira-kira jam 3 petang semalam.
Hasil intipan yang dilakukan, polis mendapati pasangan remaja sedang berpelukan di dalam kereta berkenaan.
Polis kemudiannya memaklumkan kepada Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk tindakan selanjutnya.
Dari pemeriksaan dibuat, PADK mendapati pasangan perempuan masih bersekolah serta memakai pakaian kokurikulum manakala pasangan lelaki berusia 20 tahun bekerja di sebuah kilang automotif di Karangan.
Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, ketika soal siasat dijalankan pasangan perempuan menangis dan tidak mahu bekerjasama.
“Bagaimanapun setelah dinasihatkan, kedua-dua mereka akur dengan kesalahan yang dilakukan.
“Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan,” katanya.
Menurutnya, masalah remaja terlibat dalam maksiat semakin menjadi-jadi.
“Perkara ini sangat serius. Jika tidak dibendung dari awal, maka rosaklah anak-anak muda kita.
“Bagaimana sekali pun kes yang melibatkan anak-anak ini, ibu bapalah pihak yang pertama perlu bertanggungjawab.
“Anak-anak adalah anugerah ALLAH, maka pikullah tanggungjawab dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Sementara itu, pasangan terlibat diarah hadir ke ke pejabat PADK untuk diambil kenyataan. Sekiranya gagal berbuat demikian, PADK akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka.
Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enekman Jenayah Syariah 1988 kerana berkelakuan kurang sopan.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Monday, 14 November 2011

Sunday, 13 November 2011

7 citer lawak untuk hilangkan stress

Anda sedang tertekan hendak menghadapi peperiksaan atau masalah yang menimpa? Kadang kala kita perlu rehat dan hiburan untuk menghilangkan rasa risau dan tertekan. Jom layan jenaka ini. Enjoy!

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Citer 5
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Citer 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Citer 7
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…



Pengemis Layan YouTube...!!!

pengemis sekarang pun dah reti layan youtube mase mengemis...huhuuu...!!!



hahaaa..pengemis pun nk layan jugakk..tak kan korang je boleh..boring2x...

20 Kehebatan Lelaki


Sebenarnya bukan 20 je kehebatan je yang lelaki ada..tapi banyak lagi sebenarnya..ekeke,tapi ni aku bagi 20 je dulu 

1) Tak perlu mengandung..
2) Boleh kencing merata- rata.. (satu penyakit lelaki bila kencing merata rata)
3) Kerjanya sama, tapi gaji lebih..
4) Kedut dan boroi lambang kejantanan..
5) Orang tak pandang ke dada bila bercakap dgn mereka..
6) Berbual di telefon 30 saat je..
7) Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar selama 5 hari berturut- turut..
 Di puji sebab berjaya keluarkan 1 idea yg ciput..
9) Boleh pakai seluar dalam yang berharga RM9.90 sekotak (ada 3 helai)..
10) Boleh pakai baju yang berkedut..
11) Apa yang ada di muka semuanya ori..
12) Stail rambut sama saja selama bertahun- tahun dan mungkin berdekad..
13) Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking sampai koyak..
14) Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki…. Urrggghhhh~~.
15) Misai berserabut? No hal lah…
16) Boleh mengorat..
17) Bergaduh / Bertumbuk di khalayak ramai tanda kegagahan..
18) Merokok itu macho… <----- (berbahaya)
19) Boleh pegi kedai hujung beli rokok hanya pakai seluar
pendek tak berbaju dengan muke selamber..
20) Pakai seluar koyak.. "Gua Rock maaaaa!!!"


P/s : betul tak wahai lelaki???kihkihkih...

owg minyak yang keterlaluan...siang2 hari pn dia nak balon...!!!fuhhhh....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pernah tak korang tengok orang minyak depan mata korang ? Kalau korang tak pernah,hari ni aku nak tunjuk pada korang muka sebenar orang minyak tu..Yang aku tak tahan,orang minyak ni taste die tinggi..Die cuma kejar awek seksi yang pakai bikini kat pantai je..Muahaha...Tak percaya cuba tengok gambar di bawah ni..Hehehe...


Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons