Skim Gaji Baru (SBPA) Penjawat Awam DITANGGUH | Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan
skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan
disemak semula danSBPA ditangguh untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu, yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.
Pagi tadi,
Sinar Harian Online membawa laporan memetik sumber-sumber berkata, Kabinet dalam mesyuarat mingguan semalam telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan
SBPA atas beberapa sebab, antaranya kerana rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.
“Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya
pelaksanaan SBPA itu disemak semula. Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Ketika dihubungi awal hari ini, pimpinan Cuepacs juga mengesahkan pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan sementara perundingan diadakan dengan mereka. Timbalan Presiden Cuepacs,
Azih Muda berkata Presidennya
Datuk Omar Osmanturut mengadakan pertemuan dengan
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengenai
penangguhan SBPA.
“Ya betul,
SBPA ditangguhkan. Tetapi setakat ini
belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan dengan KSN pagi tadi membincangkan perkara ini,” kata beliau kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.
Sementara
SBPA disemak semula, dalam kenyataannya Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini. Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.
“Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak,” katanya. Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaituKumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
Melayukini.net - Di saat ramai penjawat awam kerajaan sudah kian menerima kenyataan tentang skim baru kerajaan SBPA ini, tiba-tiba sahaja SBPA telah ditangguhkan. Lagi keputusan flip-flop kerajaan dalam mentadbir negara. Kita tunggu dan lihat sahaja apa pula kata pembangkang. Isu hangat ni! Petikan satu komen berita pertangguhan SBPA ini, “Norhisyam Bin Mohamad Zainudin: ok … teruskan putaran alam anda!! rakyat bukan x biase kne tipu … aritu kate minyak x naik2 da, llast2 naik jugak … penipu mmg mcm tu …” Apa kata anda pula?